SELAMAT DATANG KE MENARA GADING BUAT LEPASAN SPM...
Buat semua adik-adik yang bakal memasuki ke alam universiti,aku ucapkan selamat datang! Mungkin ada yang tak sabar-sabar nak ke universiti maklumlah, boleh ucapkan selamat tinggal alam persekolahan kepada rakan-rakan yang masih belum tamat persekolahan hehehehe....
Aku terima pelbagai pertanyaan dari adik-adik tentang suasana di universiti...aku ni bukan kaunselor mahupun pakar motivasi,tetapi disebabkan aku pernah melaluinya so boleh le aku cerita serba sedikit tentang apa yang perlu korang tahu (untuk adik-adik yang baru habis SPM sahaja ya..) supaya kelak korang tidak le jadi 'CULTURAL SHOCK' di universiti (aku short form kan ke IPT,senang aku nak taip).
Apa bezanya suasana di IPT dan di sekolah?
Banyak bezanya, kalau dahulu korang perlu pakai lencana sekolah kini tidak lagi...so korang tak perlulah pagi-pagi nak iron lencana bagi lekat kat poket baju. Di sekolah korang perlu memakai uniform sekolah yang seragam/ sama dengan pelajar-pelajar lain, kini korang boleh pakai baju yang bermacam-macam corak, warna, bentuk yang berbeza daripada orang lain (janganlah sampi pelik sangat di mata orang). Kalau disekolah korang akan dirotan jika melanggar undang-undang dan peraturan sekolah, kini tiada lagi rotan-rotan, terus buang jek kalau tak ikut peraturan...(sendiri mau ingatlah yek....).
Bebas berpakaian ke?
Oh bebas tetapi terkawal lah sebab kalau korang ni bebas sangat berpakaian, maunya nanti ade yang datang pakai sluar pendek, singlet...kan ke naya tu...So berpakaian yang macam mana? berpakaianlah yang menutup aurat, pakaian yang sopan dan mengikut undang-undang/ peraturan IPT...
Boleh le nak buat rambut stylo-mylo....boleh ke?
Hehehehehe....macam aku cakaplah bebas tapi terkawal, kat mana-mana IPT pun sama, korang bukan boleh sesuka hati nak simpan rambut panjang-panjang, potong rambut ikut fesyen. Peraturannya yang paling utama potongan rambut yang kemas. So paham-pahamlah ye macam mana...
Makanan pulak macam mana?
Hehehehehe korang jangan ingatlah ada harga makanan yang sama seperti di sekolah...harga makanan sama seperti di restoran-restoranlah...so pandai-pandailah korang nak berjimat dalam berbelanja ya...
Kena berdiri dan bagi salam ke kat cikgu-cikgu yang mengajar kita bila diorang masuk dalam kelas?
Korang perlu....op op op op...ulang sekali lagi? Apa, cikgu? Hehehehe istilah CIKGU tu dah tak boleh guna dah, karang tak pasal-pasal kawan-kawan duk perli-perli....Sekarang ni korang kena panggil Cik/ Puan/ Encik/ Tuan/ Dr...Tapi jangan risau kalau awal-awal tu korang tersasul,taklah sampai kena marah, cume diorang akan sengih jek kat korang...
Tapi ada pensyarah umur tak jauh pun dari umur kitorang, so boleh le panggil kakak/ awak/ you...boleh ke? Hmmmm itu pandai-pandai koranglah, law pensyarah korang tak kisah, so teruskan...Tapi kalau diorang tegur, so ubah la panggilan tu ya...
Ada pertandingan keceriaan kelas ke? Perlu ke kemas kelas macam kat sekolah?
Hehehehe tak perlulah sebab IPT biasanya sudah menyediakan cleaner dan kelas tu pun korang akan berkongsi dengan smua pelajar, so memang lain suasananya dari kat sekolah....
ok, setakat ini itu sahaja ya, nanti aku akan sambung lagi di bahagian kedua.... :-)
Saturday, February 25, 2012
SEMPOILAH: ADA APA DENGAN 25 HARIBULAN?
Apa kena-mengena dengan 25 haribulan? Krismas ke? Tu bkn tiap-tiap bulan Disember ke? Hehehehehe bukan pasal Krismas lah...tetapi pada setiap 25 haribulan dalam tiap-tiap bulan akan disambut oleh semua orang yang bekerja...Sambutan apa ni? Tentulah sambutan hari penerimaan gaji, pada setiap 25 haribulan gaji akan dimasukkan ke dalam akaun korang...
"Eh, aku punye xmasuk-masuk pun? Kadang-kadang lambat jek, bukan 25 haribulan pun" ohh, setiap syarikat mempunyai hari tersendiri untuk membayar gaji pekerja mereka, yang pentingnya sebelum 7 haribulan mesti dibayar (aku pun tak beberapa pasti, so kalau salah tolong betulkan ya?).
"Ek eleh, pasal dapat gaji pun nak kecoh" hehehehe tulah korang, aku nak berkongsi cerita dan pandangan aku sahaja. Bagi mereka yang sudah bekerja (bekerja dengan syarikat, bukan bekerja sendiri ya), saat-saat inilah yang di nantikan. Kalau sebelum nak gaji tu, perghhh senyum pun tak nak ooo. Muka bukan main bengis, garang, kelat, ibarat singa yang kelaparan jek aku tengok (keadaan ini akan jadi lebih teruk jika pada bulan sebelumnya gaji dibayar awal dan bulan berikutnya gaji dibayar lambat).
Tapi bila tiba jek 25 haribulan, Masyaallah kemain manis lg senyum tu sampi ke telinga ooo... Ada yang tersengih, ada yang ketawa, ada yang tersipu-sipu dan tak kurang juga yang senyum sorang-sorang sepanjang hari. Seronok aku tengok diorang bila time gaji, punyerlah berseri-seri siap tak perlu nak pakai Fair & lovely lah hehehehe.....
p/s: diorang ni tak merasa macam yang korang rasa sebab skali masuk gaji, diorang leh survive berbulan-bulan...hehehehehe
Ala, tu bagi yang bekerja je dapat rasa, kitorang yang belum kerja nie mana nak ada feel camtu..
op op op op....sape cakap takda, adalah...kalau korang nak tahu atau pun dah tahu, apa yang kita rasai dan alami dari zaman kanak-kanak sampilah ke tua, sama jek. Sebabnya cuba korang perhatikan kanak-kanak yang menangis untuk dapatkan alat permainan, bila dah dapat apa yang diimpikan, pasti tersenyum kan? Cuba korang tengok keadaan budak sekolah rendah dan sekolah menengah bila dapat duit belanja, sama tak? Oklah, kalau korang masih belajar di IPT, bila dapat duit biasiswa/ pinjaman, berbunga-bunga jek hati tu kan? So samalah perasaan bagi mereka yang sudah bekerja. Malah aku sendiri dapat melihat wajah-wajah mereka yang dapat gaji, yang dapat biasiswa/ pinjaman, jelas terpancar senyuman diwajah mereka seperti kanak-kanak yang sedang tersenyum ooo.... :-)
p/s: senario dimana perlu beratur panjang untuk amik gaji memang tidak dapat dielakkan...sabar ye, jangan memotong barisan hehehehe.....
hehehehe bila dah gaji dan sah penat beratur panjang di ATM, shopping sakan...katanya terapi untuk hilang stress... :-)
sudahnya, blum sampai tengah bulan, dah kering poket "pokai" hehehehe....
so pepandailah korang nak buat apa dengan duit gaji korang tu...duit titik peluh korang selama sebulan, so pandai-pandailah nak menguruskannya....hehehehehe :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)