|
perghhh memang menyelerakan..tetibe je lapor..hehehehe... |
Baru2 ini kerajaan telah mengambil inisiatif mengharamkan penjualan nasi lemak di sekolah. Kesedaran ini timbul kerana kadar peningkatan obesiti dikalangan pelajar sekolah semakin meningkat. Ramai yang menyokong tindakan ini dan tidak kurang juga ada yang membantah (walaupun ia nya hanyalah sebilangan kecil sahaja
nasi lemak bahaya pada kesihatan kita?
|
piramid makanan seimbang... |
Nasi lemak mengandungi kadar karbohidrat dan lemak yang tinggi. Karbohidrat terkandung dalam nasi, manakala lemak terkandung dalam santan yang digunakan dalam penghasilan nasi lemak. Oleh itu, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kadar kolestrol yang tinggi. Melihat pada piramid makanan seimbang, lemak adalah yang paling kurang sekali kadar pengambilannya. Jadi pengambilan yang berlebihan menyebabkan ia bahaya pd kesihatan kita.
sejarah tentang nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
Pandangan aku?
Sebenarnya aku rase, bukan salah sangat pn nasi lemak tu tp yang salah tu kita. Kita ni dh terbiasa dr kecik lg dok lh mkn nsi lmak. Sape kata xsedap, law xsedap xknlh dh 50 thn lbh negara kita merdeka, nsi lemak xpernah pupus pn. Pergilh mne ceruk daerah kt malaysia ni, mst korg jmpe nsi lmk djual; xkira bangsa, melayu, cina dan india suke mkn nsi lemak. Dari harga 50sen sebungkus, sampilah berbelas ringgit (tu skali ngn lauk-pauknye lh).
So biler dh sedap, tntulah mkn pn btambah kn? Aku tawlh, pasal aku pn cmtu hehehe... Tapi, law dh mkn banyak, bersenam pn malas (ala, watlh kje2 yang kuarkn peluh-kemas umah pn dh berpeluh2), pastu dh kenyang, baring sampi tertido, memanglh mcm2 penyakit datang. Tok nenek moyang kiter dulu pn mkn nasi lemak, tp lpas mkn diorg pg sawah, motong gotah, sobab tulah diorang sihat.
Mase aku sekolah dulu pn, aku mcm budak2 sekolah sekarang lah, mesti ade je menu nasi lemak. Law tak beli kt kantin, bawak dr rumah..ade jgk kwn2 yg bwk untuk jual...So dari situlah jd bahaya nye, dlm seminggu dok telan nasi lemak je, maklumlh time aku dulu, mknn kat kantin xsedap mane...Tu belum kira roti canai lg, lglh byk kolestrolnye...tp biler time abis waktu persekolahan, jajan, kropok,jeruk, makanan ringan plak jd santapan...aku rase tu lg bahaya...
Cara atasi?
- ibubapa bleh le cut duit belanja anak2, janganlh mewah sangat...sampi sehari bg RM5
- bawaklah bekal dr umah...at least dpt jimat duit...makanan pn tjamin kebersihannya
- kurang2kanlah makan nasi lemak wktu muda2 ni...tu pn law rase sayangkan nyawalh...
- cubelh wat aktiviti yang bleh kuarkan peluh- jangan duk makn tdo, mkn tdo...
- ajar supaya anak2 mkn mknn yg sihat - salad, buah2 tu elok le mkn banyak dr mkn nasi
- kurg2kn memakan mknan dr jenis FASTFOOD dan FROZEN FOOD...