Apa kena-mengena dengan 25 haribulan? Krismas ke? Tu bkn tiap-tiap bulan Disember ke? Hehehehehe bukan pasal Krismas lah...tetapi pada setiap 25 haribulan dalam tiap-tiap bulan akan disambut oleh semua orang yang bekerja...Sambutan apa ni? Tentulah sambutan hari penerimaan gaji, pada setiap 25 haribulan gaji akan dimasukkan ke dalam akaun korang...
"Eh, aku punye xmasuk-masuk pun? Kadang-kadang lambat jek, bukan 25 haribulan pun" ohh, setiap syarikat mempunyai hari tersendiri untuk membayar gaji pekerja mereka, yang pentingnya sebelum 7 haribulan mesti dibayar (aku pun tak beberapa pasti, so kalau salah tolong betulkan ya?).
"Ek eleh, pasal dapat gaji pun nak kecoh" hehehehe tulah korang, aku nak berkongsi cerita dan pandangan aku sahaja. Bagi mereka yang sudah bekerja (bekerja dengan syarikat, bukan bekerja sendiri ya), saat-saat inilah yang di nantikan. Kalau sebelum nak gaji tu, perghhh senyum pun tak nak ooo. Muka bukan main bengis, garang, kelat, ibarat singa yang kelaparan jek aku tengok (keadaan ini akan jadi lebih teruk jika pada bulan sebelumnya gaji dibayar awal dan bulan berikutnya gaji dibayar lambat).
Tapi bila tiba jek 25 haribulan, Masyaallah kemain manis lg senyum tu sampi ke telinga ooo... Ada yang tersengih, ada yang ketawa, ada yang tersipu-sipu dan tak kurang juga yang senyum sorang-sorang sepanjang hari. Seronok aku tengok diorang bila time gaji, punyerlah berseri-seri siap tak perlu nak pakai Fair & lovely lah hehehehe.....
p/s: diorang ni tak merasa macam yang korang rasa sebab skali masuk gaji, diorang leh survive berbulan-bulan...hehehehehe
Ala, tu bagi yang bekerja je dapat rasa, kitorang yang belum kerja nie mana nak ada feel camtu..
op op op op....sape cakap takda, adalah...kalau korang nak tahu atau pun dah tahu, apa yang kita rasai dan alami dari zaman kanak-kanak sampilah ke tua, sama jek. Sebabnya cuba korang perhatikan kanak-kanak yang menangis untuk dapatkan alat permainan, bila dah dapat apa yang diimpikan, pasti tersenyum kan? Cuba korang tengok keadaan budak sekolah rendah dan sekolah menengah bila dapat duit belanja, sama tak? Oklah, kalau korang masih belajar di IPT, bila dapat duit biasiswa/ pinjaman, berbunga-bunga jek hati tu kan? So samalah perasaan bagi mereka yang sudah bekerja. Malah aku sendiri dapat melihat wajah-wajah mereka yang dapat gaji, yang dapat biasiswa/ pinjaman, jelas terpancar senyuman diwajah mereka seperti kanak-kanak yang sedang tersenyum ooo.... :-)
p/s: senario dimana perlu beratur panjang untuk amik gaji memang tidak dapat dielakkan...sabar ye, jangan memotong barisan hehehehe.....
hehehehe bila dah gaji dan sah penat beratur panjang di ATM, shopping sakan...katanya terapi untuk hilang stress... :-)
sudahnya, blum sampai tengah bulan, dah kering poket "pokai" hehehehe....
so pepandailah korang nak buat apa dengan duit gaji korang tu...duit titik peluh korang selama sebulan, so pandai-pandailah nak menguruskannya....hehehehehe :-)
No comments:
Post a Comment