Pages

Saturday, February 25, 2012

SEMPOILAH: SELAMAT DATANG KE MENARA GADING...

SELAMAT DATANG KE MENARA GADING BUAT LEPASAN SPM...

Buat semua adik-adik yang bakal memasuki ke alam universiti,aku ucapkan selamat datang! Mungkin ada yang tak sabar-sabar nak ke universiti maklumlah, boleh ucapkan selamat tinggal alam persekolahan kepada rakan-rakan yang masih belum tamat persekolahan hehehehe....

Aku terima pelbagai pertanyaan dari adik-adik tentang suasana di universiti...aku ni bukan kaunselor mahupun pakar motivasi,tetapi disebabkan aku pernah melaluinya so boleh le aku cerita serba sedikit tentang apa yang perlu korang tahu (untuk adik-adik yang baru habis SPM sahaja ya..) supaya kelak korang tidak le jadi 'CULTURAL SHOCK' di universiti (aku short form kan ke IPT,senang aku nak taip).

Apa bezanya suasana di IPT dan di sekolah?

Banyak bezanya, kalau dahulu korang perlu pakai lencana sekolah kini tidak lagi...so korang tak perlulah pagi-pagi nak iron lencana bagi lekat kat poket baju. Di sekolah korang perlu memakai uniform sekolah yang seragam/ sama dengan pelajar-pelajar lain, kini korang boleh pakai baju yang bermacam-macam corak, warna, bentuk yang berbeza daripada orang lain (janganlah sampi pelik sangat di mata orang). Kalau disekolah korang akan dirotan jika melanggar undang-undang dan peraturan sekolah, kini tiada lagi rotan-rotan, terus buang jek kalau tak ikut peraturan...(sendiri mau ingatlah yek....).

Bebas berpakaian ke?

Oh bebas tetapi terkawal lah sebab kalau korang ni bebas sangat berpakaian, maunya nanti ade yang datang pakai sluar pendek, singlet...kan ke naya tu...So berpakaian yang macam mana? berpakaianlah yang menutup aurat, pakaian yang sopan dan mengikut undang-undang/ peraturan IPT...

Boleh le nak buat rambut stylo-mylo....boleh ke?

Hehehehehe....macam aku cakaplah bebas tapi terkawal, kat mana-mana IPT pun sama, korang bukan boleh sesuka hati nak simpan rambut panjang-panjang, potong rambut ikut fesyen. Peraturannya yang paling utama potongan rambut yang kemas. So paham-pahamlah ye macam mana...

Makanan pulak macam mana?

Hehehehehe korang jangan ingatlah ada harga makanan yang sama seperti di sekolah...harga makanan sama seperti di restoran-restoranlah...so pandai-pandailah korang nak berjimat dalam berbelanja ya...

Kena berdiri dan bagi salam ke kat cikgu-cikgu yang mengajar kita bila diorang masuk dalam kelas?

Korang perlu....op op op op...ulang sekali lagi? Apa, cikgu? Hehehehe istilah CIKGU tu dah tak boleh guna dah, karang tak pasal-pasal kawan-kawan duk perli-perli....Sekarang ni korang kena panggil Cik/ Puan/ Encik/ Tuan/ Dr...Tapi jangan risau kalau awal-awal tu korang tersasul,taklah sampai kena marah, cume diorang akan sengih jek kat korang...

Tapi ada pensyarah umur tak jauh pun dari umur kitorang, so boleh le panggil kakak/ awak/ you...boleh ke? Hmmmm itu pandai-pandai koranglah, law pensyarah korang tak kisah, so teruskan...Tapi kalau diorang tegur, so ubah la panggilan tu ya...

Ada pertandingan keceriaan kelas ke? Perlu ke kemas kelas macam kat sekolah?

Hehehehe tak perlulah sebab IPT biasanya sudah menyediakan cleaner dan kelas tu pun korang akan berkongsi dengan smua pelajar, so memang lain suasananya dari kat sekolah....


ok, setakat ini itu sahaja ya, nanti aku akan sambung lagi di bahagian kedua.... :-)

SEMPOILAH: ADA APA DENGAN 25 HARIBULAN?




Apa kena-mengena dengan 25 haribulan? Krismas ke? Tu bkn tiap-tiap bulan Disember ke? Hehehehehe bukan pasal Krismas lah...tetapi pada setiap 25 haribulan dalam tiap-tiap bulan akan disambut oleh semua orang yang bekerja...Sambutan apa ni? Tentulah sambutan hari penerimaan gaji, pada setiap 25 haribulan gaji akan dimasukkan ke dalam akaun korang...

"Eh, aku punye xmasuk-masuk pun? Kadang-kadang lambat jek, bukan 25 haribulan pun" ohh, setiap syarikat mempunyai hari tersendiri untuk membayar gaji pekerja mereka, yang pentingnya sebelum 7 haribulan mesti dibayar (aku pun tak beberapa pasti, so kalau salah tolong betulkan ya?).

"Ek eleh, pasal dapat gaji pun nak kecoh" hehehehe tulah korang, aku nak berkongsi cerita dan pandangan aku sahaja. Bagi mereka yang sudah bekerja (bekerja dengan syarikat, bukan bekerja sendiri ya), saat-saat inilah yang di nantikan. Kalau sebelum nak gaji tu, perghhh senyum pun tak nak ooo. Muka bukan main bengis, garang, kelat, ibarat singa yang kelaparan jek aku tengok (keadaan ini akan jadi lebih teruk jika pada bulan sebelumnya gaji dibayar awal dan bulan berikutnya gaji dibayar lambat).



Tapi bila tiba jek 25 haribulan, Masyaallah kemain manis lg senyum tu sampi ke telinga ooo... Ada yang tersengih, ada yang ketawa, ada yang tersipu-sipu dan tak kurang juga yang senyum sorang-sorang sepanjang hari. Seronok aku tengok diorang bila time gaji, punyerlah berseri-seri siap tak perlu nak pakai Fair & lovely lah hehehehe.....


p/s: diorang ni tak merasa macam yang korang rasa sebab skali masuk gaji, diorang leh survive berbulan-bulan...hehehehehe

Ala, tu bagi yang bekerja je dapat rasa, kitorang yang belum kerja nie mana nak ada feel camtu..

op op op op....sape cakap takda, adalah...kalau korang nak tahu atau pun dah tahu, apa yang kita rasai dan alami dari zaman kanak-kanak sampilah ke tua, sama jek. Sebabnya cuba korang perhatikan kanak-kanak yang menangis untuk dapatkan alat permainan, bila dah dapat apa yang diimpikan, pasti tersenyum kan? Cuba korang tengok keadaan budak sekolah rendah dan sekolah menengah bila dapat duit belanja, sama tak? Oklah, kalau korang masih belajar di IPT, bila dapat duit biasiswa/ pinjaman, berbunga-bunga jek hati tu kan? So samalah perasaan bagi mereka yang sudah bekerja. Malah aku sendiri dapat melihat wajah-wajah mereka yang dapat gaji, yang dapat biasiswa/ pinjaman, jelas terpancar senyuman diwajah mereka seperti kanak-kanak yang sedang tersenyum ooo.... :-)



p/s: senario dimana perlu beratur panjang untuk amik gaji memang tidak dapat dielakkan...sabar ye, jangan memotong barisan hehehehe.....


hehehehe bila dah gaji dan sah penat beratur panjang di ATM, shopping sakan...katanya terapi untuk hilang stress... :-)


sudahnya, blum sampai tengah bulan, dah kering poket "pokai" hehehehe....

so pepandailah korang nak buat apa dengan duit gaji korang tu...duit titik peluh korang selama sebulan, so pandai-pandailah nak menguruskannya....hehehehehe :-)

Thursday, February 23, 2012

Sempoilah: Selamat Datang Black Forest...

Unboxing and Review: Netbook Lenovo S100

Seperti yang dijanjikan, kali ini aku akan membuat serba sedikit tentang netbook yang baru sahaja aku beli. Netbook yang aku beli adalah berjenama Lenovo (dahulu dikenali sebagai IBM) dari siri S100. Netbook ini ku beri nama Black Forest (sebabnye dah memang color hitam, no choice sebab color lain dah habis...so sad) dan terbukti ianya teramatlh ringan (dh name pun netbook, takkan lah nak berat-berat ye tak?) macam membawa gula paket skilogram. Berikut adalah fakta ringkas tentang Netbook Lenovo S100:



  • processor: Intel Atom Processor N570 (1.66GHz, 667Mhz FSB, 1MB L3 Cache)
  • Genuine Windows 7 Starter
  • 2GB DDR3 SDRAM
  • 500 GB SATA HDD
  • INTEL GRAPHIC MEDIA ACCELERATOR 3150
  • 10.1" SD LED GLARE
  • 6 CELL Li-ION BATTERY (5 hours)
  • 3 USB 2.0
  • 1 YEAR LIMITED INTERNASIONAL WARRANTY SERVICES (IWS)
  • PRICE: RM999
Terdpat dua model yang ditawarkan tetapi hanya dibezakan dengan saiz storan: storan sebanyak 320GB berharga RM899 manakala bagi ruang storan sebanyak 500GB pula berharga RM999. Aku memilih yang bmempunyai ruang storan sebanyak 500GB kerana lebih banyak ruang storan yang boleh diisi tanpa perlu membeli ruang storan tambahan (external hard disk). Ada 3 warna yang ditawarkan iaitu biru, hitam dan juga merah malah terdapat juga edisi khas yang bercorak bunga-bunga (sangat sesuai bagi yang bergelar wanita). Aku berminat untuk mengambil yang berwarna biru, namun di kedai yang aku beli tu cuma tinggal stock yang berwarna hitam; maka aku namakannya BLACK FOREST...

mungkin ade yang bertanya "elok ke jenama LENOVO nie? Boleh tahan lama ke? kenapa tidak membeli jenama lain?" Jawapan aku cukup sempoi....bagi yang berkemampuan untuk membeli jenama lain yang lebih mahal, maka pilihan terletak di tangan korang...apa-apa pun tepuk poket, tengok duit.....hehehehe

Malah ketika artikel ini ditulis, aku menggunakan BLACK FOREST ku ini...dengan kehadiran papan kekunci (keyboard) berjenis Accutype (seakan-akan jenis yang digunapakai oleh produk-produk Apple), maka kerja-kerja menaip amatlah lancar (bagi kategori netbook lah, janganlah korang bandingkan dengan keyboard desktok; memamglah jauh beza).

Pendapat aku tentang BLACK FOREST? aku pun baru je beberapa hari menggunakannya, setakat ini smuanya berjalan lancar. Aku pun bukan guna untuk main game atau photoshop mahupun Autocad, so tiada apa yang berat-berat software yang aku duk guna, smuanya sempoi...

sebelum aku terlupa, netbook ni juga didatangkan khas dengan butang (button) QS iaitu Quick Start. Ia berfungsi sebagai butang khas yang korang tekan jek, ia tidak memasuki windows tetapi ia terus pergi ke website yang biasa korang lawati seperti laman sosial dan sebagainya. So korang tak perlulah nak tunggu loading windows yang boleh tahan lamalah...Oklah, tu serba sedikit review ringkas yang aku sediakan, selebihnya korang boleh lawati laman web LENOVO...


  • ini adalah video unboxing yang aku jumpa dalam youtube..aku tak sempat nak buat video unboxing hehehehe....

p/s: sebelum terlupa, kedai yang aku beli netbook tu bagi retactable mouse, beg bimbit dan sarung netbook; percuma....

Wednesday, February 22, 2012

Target Sempoilah:Aku memerlukan sebuah netbook...

Hmmm...saban hari aku menggunakan laptop orang. Duk berbulan2 meminjam,sampai satu tahap kena pulangkan jugak kan? Aku berharap supaya hari itu (hari memulangkan laptop orang) jauh lagi,tetapi memang tidak kusangka-sangka, hari ini tiba-tiba aku mendapat sms agar aku memulangkannya semula.

Perghhhh memang terkejut yang teramat sangatlah tp ape leh wat,nak tak nak aku pulangkan jugak. Duit streamyx bulan-bulan kena bayar jugak,so nak tak nak aku pun duk berfikir sejenak bagaimana untuk aku selesaikan masalah aku. Jawapan yang mudah dan tepat akhirnya muncul tiba-tiba...."aku perlu beli sebuah netbook"

Tapi kenapa netbook, kenapa tidak aku membeli desktop atau laptop? Jawapan mudah jek, budget ciput tapi masa menunggu tu tiada. Lain-lain kriteria kenapa aku memilih netbook adalah sifatnya yang terlalu sempoi (macam aku jugaklah), terlalu ringan (macam berat gula skilo jek), senang nak angkut pegi mane-mane dan murah...

p/s: time tengah ujung-ujung bulan nilah kena kuar duit, tp mujurlah xmacam gambar nie hehehehe....

So ape lg, aku pun mulakanlah pencarian di internet tentang netbook yang duk ada kt pasaran nie. Usha model ape yang terbaik, mampu dimiliki dan tidak over budget. Maka aku pn kluarlah dengan Knight Rider aku (keta pun pinjam jugak beb) untuk mencari netbook; disebabkan aku ni bukan asal Penang, memang tak peliklah law aku tak taw nak beli kat mana. Maka dengan selambanya aku pun trylh usha kat Tesco. Puas duk pusing-pusing, maka aku menuju ke satu lagi destinansi yang kurasakan terdapatnya kedai yang menjual netbook; Jusco. Aku jumpa netbook acer aspire one, sekali over budget daa... Dah hampir-hampir putus asa dah ni, penat driving tu.. Destinasi terakhir aku sebelum aku batalkan niat untuk beli netbook:aku menuju ke Megamall Penang. Jam pun dah tunjuk kul 4 petang, so dah masuk peak hour dan kul 6.30 nak msuk kejer plak,apalagi trus duk carilah kedai-kedai yang kurasakan ada menjual netbook. 

contoh-contoh netbook yang ada di pasaran...

Akhirnya aku berhenti di sebuah kedai komputer, then setelah aku duk pusing-pusing dalam kedai tu,aku terjumpa sebuah netbook jenama Lenovo. Usha-usha sambil duk tengok spec netbook tu,so aku pun bersetujulah untuk membelinya. Pulanglah aku dengan senyuman kelegaan (padahal tangan gigil beb time nak kuar duit) dan dengan sebuah netbook....Ok, nanti aku sambung dengan bahagian unboxing (nyahkotak) dan review serba ringkas.