Pages

Wednesday, May 2, 2012

SEMPOILAH: ADA APA DENGAN PENANG SECOND BRIDGE?



Seperti yang sering kedengaran di stesen radio dan televisyen, kesesakan lalulintas di sekitar Pulau Pinang (jalan keluar masuk yang dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang) amat serius sekali. Walaupun Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada telah melalui proses pelebaran jalan (daripada 2 lane menjadi 3 lane), ia tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu-waktu kemuncak (awal pagi ketika orang berpusu-pusu hendak pergi kerja, pada sebelah petang ketika tamat waktu kerja dan ketika hari minggu termasuklah pada musim cuti sekolah dan cuti perayaan).

Maka tercetuslah idea untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang (ketika itu pada zaman kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi). Jambatan yang kedua ini agak berlainan daripada jambatan yang pertama dari segi pembinaannya. Jambatan yang pertama dibina menggunakan kaedah konvensional manakala jambatan kedua pula dibina dengan menggunakan kaedah IBS (industrialised building system) yang mana kaedah ini lebih menjimatkan masa.

Berikut adalah fakta ringkas mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang:

  • Jambatan ini menghubungkan Batu Kawan (disebelah darat) dan Batu Maung (disebelah pulau)
  • Jambatan ini adalah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara: iaitu sepanjang 16.9 kilometer (diatas laut) [panjang keseluruhan 24 kilometer]
  • jumlah keseluruhan kos pembinaan jambatan ini adalah RM 4.5 billion
  • bored pile yang digunakan merupakan antara yang terdalam di dunia: dengan kedalam sehingga 130 meter
  • pembinaan dimulakan pada tahun 2009
  • type bridge: main bridge - cable stayed bridge with beam and slab deck
  • type of bridge: approach bridge - box girder bridge
  • had laju 80 km/j
  • world largest statnamic load test at 54 Mega Newton
  • high damping rubber bearing for full seismic protection
  • durability requirements to latest Eurocodes
Gambar-gambar sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang:















Kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan dan jika ada yang bertanya bila ia akan siap sepenuhnya? Bagi menyiapkan SBG (segmental box girder) Insyaallah pada akhir tahun ini ia akan siap sepenuhnya dimana sebanyak 8092 SBG akan siap dibina. Selebihnya bergantung kepada cuaca yang kerap kali membatasi kerja-kerja pembinaan.